December 9, 2015

Ilahi lebih sayangkan adik

Port Dickson: Kanak-kanak perempuan yang bercuti bersama keluarganya ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kolam renang di sebuah resort di Batu 9, di sini, petang semalam.

Nur Nasuha Ashyikin Mohd Hafiz, 7, ditemui lemas oleh sepupunya sebelum menjerit meminta tolong.

Dalam kejadian 6.20 petang itu, mangsa dikatakan turun ke kolam renang berseorangan ketika keluarga bapa saudaranya sedang mandi dan bersiap untuk menunaikan solat.

Difahamkan, mereka datang dari Meru, Klang, Selangor, untuk bercuti dan menginap di resort berkenaan, sejak Ahad lalu.

Merka dijangka pulang, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 8 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment