December 7, 2015

Maut motosikal langgar treler

KEADAAN motosikal dinaiki mangsa.

Ipoh: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya gagal dikawal sebelum melanggar bucu sebelah kanan treler di kilometer 266.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Terowong Menora, di sini.

Dalam kejadian kira- kira 6.50 pagi tadi, mangsa Mohd Hafiqi Saaludin, 26, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dari arah selatan itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya kira-kira satu kilometer selepas Plaza Tol Jelapang.

Katanya, akibat gagal mengawal motosikalnya itu, mangsa melanggar belakang treler yang membawa muatan kertas terpakai dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Pulau Pinang.

"Mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987," katanya.

myMetro 6 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment