December 16, 2015

Mati terjun flet

Cheras: Seorang lelaki warga Myanmar yang mempunyai masalah mental, ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah flet di Taman Miharja Cheras, semalam.

Dalam kejadian jam 10.10 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun, dikatakan terjun dari bangunan itu dan mayatnya ditemui dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin yang mengesahkan kejadian berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai yang memaklumkan menjumpai mayat lelaki dipercayai terjun dari bangunan.

“Mangsa yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran dipercayai terjun dari tingkat rumahnya di flet itu dan cedera di muka serta dan kepala.

" Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 15 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment