December 16, 2015

Tujuh anggota Geng Azri tumpas

Georgetown: Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi kereta mewah dikenali sebagai Geng Azri dengan menahan tujuh ahli sindiket itu dalam serbuan di Kedah, Pahang dan negeri ini, minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, semua suspek yang ditahan itu berusia 28 hingga 35 tahun dan polis berjaya merampas tiga kereta mewah yang dicuri sindiket terbabit.

"Kita berjaya menemui kembali Volkswagen Golf, Subaru dan Porsche yang dicuri sindiket berkenaan.

"Dengan penahanan sindiket ini, kita percaya dapat selesaikan sekurang-kurangnya 15 kes curi kereta mewah di negara ini," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan direman sehingga Sabtu ini.

myMetro 16 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment