December 21, 2015

Malaysia bebas virus zika

Jitra: Malaysia masih bebas daripada penularan virus zika yang disebar melalui nyamuk aedes dan kini dikesan di Amerika Latin.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, virus itu setakat ini tidak dikesan di negara ini namun langkah pencegahan tetap diambil sama seperti mengawal wabak denggi.

Menurutnya, virus itu juga disebarkan melalui nyamuk aedes jadi dengan menghapuskannya dapat mencegah penularan wabak itu.

"Mereka yang dikesan menghidap demam denggi juga boleh dikesan sama ada dijangkiti virus zika melalui ujian darah dibuat di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di Hospital Sungai Buloh (Selangor)

"Kita sememangnya mengambil langkah berwaspada dengan memantau kemasukan warga asing ke negara ini bagi mengelak penularan virus itu," katanya kepada pemberita pada sidang media ketika menghadiri Hari Terbuka Hospital Jitra tadi.

Gejala virus zika ini akan menyebabkan pesakit berasa pening, ruam, demam dan sakit belakang.

myMetro 20 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment