December 21, 2015

Kaki kanan manusia di dalam sungai

Nibong Tebal: Kaki kanan manusia ditemui di dalam sungai berhampiran kawasan kuari dekat Jeti Batu Musang, Batu Kawan, di sini, petang semalam.

Kaki sehingga paras lutut itu ditemui pada 4.30 petang oleh orang awam yang memancing di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Deputi Superintendan Shariffudin Abdullah, berkata, kaki itu dipercayai dibuang ke dalam sungai oleh waris mangsa kemalangan motosikal pada 15 Disember lalu.

"Kaki itu sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan kita akan panggil waris mangsa kemalangan bagi memudahkan ahli patologi melakukan ujian DNA.

"Ini adalah untuk memastikan kaki yang dibuang itu adalah benar milik mangsa," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di Jawi, hari ini.

myMetro 20 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment