December 21, 2015

Gantung diri di pintu gerbang


Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 63 tahun ditemui mati selepas dipercayai menggantung dirinya di pintu gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuhraya Persekutuan, di sini, dalam kejadian jam 4.32 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman berkata, warga emas berkenaan ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung sebelum memaklumkan kepada polis.

Katanya, kejadian berlaku di pintu gerbang Kota Darul Ehsan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.

"Siasatan awal dilakukan oleh bahagian Forensik yang berada di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

"Mangsa yang tergantung pada ketinggian 30 meter di pintu gerbang berkenaan di turun dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Mayat berkenaan di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk siasatan lanjut," katanya.

myMetro 20 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment