December 21, 2015

Meninggal dalam bilik

Mayat pekerja am warga Bangladesh ditemui di bilik di kolej swasta di Taman Maluri, Cheras, semalam.

Kuala Lumpur: Pekerja am kolej swasta di Taman Maluri Cheras, di sini, ditemui mati di bilik di kolej itu kira-kira 8 pagi tadi.

Mayat lelaki warga Bangladesh berusia 48 tahun itu ditemui adiknya yang juga pekerja kolej berkenaan sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja am di kolej itu dan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa.

"Polis sudah merakam keterangan adik mangsa dan dia memberitahu abangnya sebelum itu ada mengadu sakit dada dan dalam keadaan lemah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 20 Disember 2015 @ 3:51 PM


0 comments:

Post a Comment