December 1, 2015

Duit pusaka RM7.5 juta lesap

KUALA LUMPUR – Seorang gadis warga China yang terpedaya dengan sindiket penipuan urus niaga import dan eksport pelbagai barang­an, berputih mata apabila wang diwarisi daripada keluarga­nya bernilai RM7.5 juta lesap ditipu ahli sindiket itu.

Mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai penasihat kewangan sebuah syarikat di negaranya tertipu dengan projek yang tidak wujud ditawarkan oleh dua lelaki berketurunan Cina rakyat tempatan berusia 57 dan 34 tahun.

Mengikut laporan dibuat mang­sa pada 10 November lalu, gadis itu mengenali kedua-dua suspek pada Julai 2014 menerusi laman sosial sebelum terpe­daya de­ngan bisnes kononnya berkaitan urus niaga import dan eksport barangan.

“Walaupun hanya berkenalan menerusi alam maya, gadis itu terus membuat bayaran pertama sebanyak RM500,000 menggunakan bank draf kepada salah seorang suspek bagi menyertai bisnes yang juga ditunjukkan menerusi laman sosial pada Ogos tahun lalu,” kata satu sumber polis kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo 1 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment