December 4, 2015

Ditembak ketika sedang makan

Polis melakukan siasatan di tempat kejadian. - Foto SHAHNAZ FAZLI SHAHRIZAL

Georgetown: Seorang lelaki cedera di pinggul selepas ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran di Jalan Paya Terubong, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mangsa yang berusia 30 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa ditembak lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengannya.

"Siasatan awal mendapati suspek serta mangsa terbabit dalam pergaduhan semalam, dan suspek mahu membalas dendam.

"Lima tembakan dilepaskan namun hanya satu peluru terkena pinggul mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti suspek dan sedang memburunya.

myMetro 3 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment