December 4, 2015

Bekalan bawang RM15,000 bertaburan

KEADAAN lori sarat membawa bawang yang terbalik. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Bekalan bawang merah dan putih bernilai RM15,000 yang dibawa lori bertaburan selepas kenderaan itu terbalik di Kilometer 83 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 49, Dungun, 4.30 pagi tadi.

Pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Ambarasan, 25, tidak cedera.

Lori berkenaan dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu selepas mengambil bekalan bawang terbabit di Klang, Selangor.

Kenderaan itu dikatakan gagal dikawal ketika melalui laluan selekoh sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihak ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

myMetro 3 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment