December 21, 2015

Dibadai ombak dua meter

OMBAK besar di Pantai Teluk Batik mendatangkan bahaya kepada pengunjung. Papan tanda amaran sudah dipasang pihak berkuasa. Gambar kecil, dua remaja (kanan dan tengah) diselamatkan pengawal pantai JPAM dalam kejadian semalam.

Lumut: Dua remaja perempuan nyaris lemas apabila dihanyutkan ombak setinggi hampir dua meter di Pantai Awam Teluk Batik, Teluk Muroh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa, Nur Faizah Sawandi, 17 dan rakannya, Nur Farzana Suryati, 19, yang berasal dari Selangor, berjaya diselamatkan pengawal pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pegawai JPAM Manjung Staff Kanan Nasarudin Abu Bakar berkata, dua remaja itu datang berkelah bersama rakan mereka sebelum dihanyutkan ombak.

Menurutnya, mangsa hanya mandi di tepi pantai saja sebelum ombak besar menarik dua remaja itu ke tengah kira-kira dua meter dari gigi air.

myMetro 21 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment