December 17, 2015

Cari rakan 'ghaib'

JAAFAR (kanan) turut serta dalam operasi mencari dua mangsa hilang di Sungai Angsi.

Kuala Pilah: Seorang lelaki mendakwa ‘dua rakannya’ hilang dalam Sungai Angsi di sini, apabila kereta dipandunya terjunam ke sungai itu hingga memaksa pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, selepas tiga jam operasi dijalankan, pasukan penyelamat mendapat maklumat dua rakan mangsa lelaki terbabit sebenarnya tidak wujud menyebabkan operasi itu dihentikan serta-merta.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Luqman Abd Rahman berkata, kejadian jam 9.45 malam itu berlaku di Kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Ulu Bendul.

Menurutnya, R Mohan, 56, memandu Perodua Viva dan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas serta terjunam ke gaung sedalam 20 meter di sungai berkenaan.

“Kejadian mengakibatkan mangsa cedera tetapi dia berjaya keluar daripada kereta sebelum kejadian disedari orang ramai yang menghubungi polis.

myMetro 14 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment