December 17, 2015

Dua beradik maut motosikal dihempap pokok


Alor Setar: Dua adik beradik lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka dihempap pokok yang tumbang di Jalan Gunung Keriang, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, Rizal Mat Saad, 21, yang menunggang motosikal jenis Demak bersama adiknya Muhammad Raziq Mat Saad, 17, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kubang Sepat, Jitra.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, ketika tiba di lokasi kejadian tiba-tiba pokok di sebelah kiri jalan tumbang dan menghempap mangsa.

Menurutnya, mangsa kemudian terjatuh sementara motosikal mereka terbabas 50 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi tadi.

myMetro 15 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment