December 23, 2015

Asrama pekerja tapak binaan hangus

KONTENA yang dijadikan asrama pekerja terbakar. FOTO Muhammad Sulaiman

Shah Alam: Dua belas kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Seksyen 13, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian kira-kira 11 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan mahu pun kehilangan nyawa kerana semua penghuni sedang bekerja di tapak pembinaan berdekatan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.12 pagi sebelum jentera pertama tiba sembilan minit kemudian.

"Kebakaran dapat dikawal 11.28 pagi dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.

"Bomba akan meneruskan operasi pemadaman dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

myMetro 22 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment