December 23, 2015

Suami isteri proses dadah ditahan


WAN Abdullah (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Suami isteri 30-an ditahan selepas polis menemui dadah seberat 15.6 kilogram di kondominium yang disewa mereka di Sri Petaling, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira 6.30 petang itu, polis mendapati sebuah bilik di rumah berkenaan dijadikan tempat memproses dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, kira-kira jam 4.30 polis menahan seorang lelaki di tepi jalan di Bandar Baru Sri Petaling.

"Berdasarkan bil elektrik yang ditemui dalam kereta suspek kami ke kondominium berkenaan sebelum menemui isteri suspek bersama dadah yang dirampas," katanya.

myMetro 21 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment