December 23, 2015

Dibunuh sebelum dicampak dalam longkang

LOKASI mayat ditemui. FOTO ihsan pembaca

Klang: Mayat lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Jalan Mata Ikan Duyung, Telok Gong di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi berlaku apabila polis menerima pangilan daripada saksi yang menemui mayat terbabit berusia dalam lingkungan awal 30-an.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan berkenaan.

"Polis akan terus menyiasat mengenai kes ini bagi mendapatkan maklumat terbaru berkaitan kes selepas mendapat laporan forensik berdasarkan kecederaan yang terdapat pada bahagian muka mangsa.

"Mayat dipercayai baru meninggal dalam tempoh 24 jam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

myMetro 21 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment