November 18, 2015

Tragedi nak ambil kunci rumah

Mohd Azrell terjatuh dari tingkat tiga rumahnya. FOTO ihsan pembaca

Georgetown: Anggota polis parah selepas terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di perumahan polis Bandar Baru Air Itam, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Lans Koperal Mohd Azrell Zainal Abidin dikatakan tergelincir ketika mahu mengambil kunci rumahnya yang tertinggal.

Difahamkan, anggota polis terbabit cuba memanjat melalui koridor untuk masuk ke rumahnya.

Berikutan itu, dia dimasukkan ke zon merah wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP)

Sementara itu, Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian terbabit.

myMetro 18 November 2015



0 comments:

Post a Comment