November 18, 2015

Beruk terperangkap atas pokok, bomba selamatkan

Suasana ketika operasi menyelamatkan beruk sebelum beruk itu diserahkan kembali kepada pemiliknya. FOTO ihsan bomba

Bachok: Beruk pemanjat pokok kelapa terperangkap di atas pokok itu akibat terikat tali pada pelepah di Kampung Aur, Sungai Dua, di sini, sebelum diselamatkan anggota bomba pagi tadi.

Pemilik haiwan itu menghubungi talian kecemasan sebelum lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok di ketuai Pegawai Bomba Mohd Rozi Ismail melakukan operasi menyelamat.

Tali dan tangga digunakan untuk menyelamatkan haiwan itu yang berada pada ketinggian 18.3 meter (60 kaki) dan operasi menyelamat selesai dalam tempoh 36 minit selepas operasi dimulakan pada 10 pagi.

Haiwan itu diserahkan semula kepada pemiliknya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

myMetro 18 November 2015



0 comments:

Post a Comment