November 25, 2015

Terlepas tali gantung

Alor Setar: Seorang pekerja rendah am klinik kesihatan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 8,676.9 gram (g) di Sungai Petani, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Choo Kah Sing membuat keputusan itu terhadap tertuduh Mohd Razali Zakariya, 36, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh di peringkat akhir bicara.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Prosiding kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad dan Mohd Razali diwakili peguam Rahmatullah Baharuddin.

Tertuduh berpakaian t-shirt kuning hitam dan berseluar jeans kelihatan gembira sebelum memeluk isterinya sebaik selesai prosiding kes.

myMetro 24 November 2015

0 comments:

Post a Comment