November 25, 2015

Bekas ketua cawangan JPJ dituduh rasuah

Kuantan: Bekas Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muadzam Shah, Azhar Ahmed, 51, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas 19 pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan berjumlah RM12,300 daripada enam pengusaha syarikat lori, antara Februari 2012 dan September lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Azhar sebagai Penolong Penguatkuasa JPJ didakwa menerima suapan bulanan daripada pengusaha berkenaan yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya.

Suapan itu dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Habibah Mohamed Yusof membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM21,000 dan menetapkan kes disebut semula pada 22 Disember.

myMetro 24 November 2015

0 comments:

Post a Comment