November 25, 2015

Tunjuk kemaluan pada jururawat


KOTA BHARU – Seorang pengusaha butik pengantin didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang jururawat wanita minggu lalu.

Tertuduh, Nik Muhamad Nik Ab. Razak, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed.

Mengikut pertuduhan, Nik Muhamad didakwa telah me­lakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan anunya kepada Rosilawati Mat Nasir, 28, ketika mangsa berada di kawasan tempat awam di Lorong Loading Bay, Bangunan Parkson, Jalan Pintu Pong di sini pada pukul 8.40 pagi, 18 November lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Syahrun Nizam Mohd. Misan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo 25 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment