November 20, 2015

Polis cari waris tuntut mayat


Mayat ditemui memakai seluar pendek warna hitam, baju T berbelang hitam dan jam tangan dilengan kiri

SHAH ALAM – Polis meminta waris kepada seorang lelaki yang ditemui mati berhampiran muara laut Tanjung Harapan, Klang Utara dekat sini pada 25 September lalu tampil bagi urusan tuntutan mayat berkenaan.

Mayat masih belum dituntut dan ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, mangsa seorang lelaki berusia linkungan 35 hingga 45 tahun ditemui oleh orang asli yang sedang menjala ikan di tepi akar pokok kayu bakau di muara laut berhampiran jeti Amri, Tanjung Harapan.

"Identiti mangsa gagal diketahui berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat ketika kejadian.

"Mayat lelaki tersebut memakai seluar pendek warna hitam, baju T berbelang hitam dan ada memakai jam dilengan kiri," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Bagaimanapun, mangsa juga gagal dicam berikutan keadaan mayat yang hampir mereput dipercayai kerana sudah beberapa hari berada dalam air.

“Saya minta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga membuat laporan polis dengan segera bagi tujuan pengecaman mayat.

"Siasatan mendapati tiada sebarang kesan jenayah ditubuh badan mangsa,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai kes tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di talian 03-3176 7622 atau terus menghubungi Sarjan Jaafar Sidek, 019-575 6419. - K! ONLINE

Kosmo 19 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment