November 21, 2015

Nasib diri

HAFIS tidak kekok membantu menyiapkan Rani setiap hari.

Selama: “Setiap hari saya menangis mengenang nasib kerana tidak lagi hidup seperti insan normal dan terpaksa harapkan bantuan orang serta menggunakan kerusi roda untuk bergerak,” kata Rani Ahmad, 49, yang lumpuh selepas terjatuh di rumahnya Bukit Kuala Nor, di sini, sembilan bulan lalu.

Lebih memilukan, Rani terpaksa menanggung dugaan lagi apabila ibunya meninggal dunia minggu lalu dan dia kini terpaksa mengharapkan belas ihsan jiran serta rakan-rakan menghulurkan bantuan terutama makanan.

Menceritakan kembali peristiwa malang yang dialaminya, Rani berkata, sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah dan pada Mac lalu ketika bersiap untuk bekerja, dia terjatuh hingga mengalami kecederaan.

Katanya, dia dihantar ke Hospital Taiping, dekat sini, untuk rawatan sebelum dikejutkan dengan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan dia mengalami lumpuh separuh badan pada bahagian kiri.

“Kesakitan di bahagian kiri badan mula merebak sedikit demi sedikit hingga ke kedua-dua kaki dan menyebabkan saya tidak mampu bergerak serta berdiri.

myMetro 21 November 2015


0 comments:

Post a Comment