November 21, 2015

Pak Cik Hasan legenda

CHAN menunjukkan Pingat Jasa Pahlawan Negara diperolehnya.

Melaka: Namanya menggambarkan dia seorang berketurunan Cina, namun seorang pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Chan Koon San, 85, lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Cik Hasan’ dalam kalangan penduduk di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, di sini, dan sekitar bandaraya Melaka.

Pesara polis itu berkata, dia lebih popular dengan panggilan nama itu kerana kefasihannya bertutur bahasa Melayu dan kehidupan seharian yang banyak dipengaruhi budaya masyarakat itu.

Chan berkata, sebagai seorang Cina Peranakan, kehidupan sehariannya seperti pergaulan dan cara berpakaian lebih terarah kepada budaya Melayu.

“Jika ada orang mahu mencari saya berpandukan nama asal, pasti penduduk mengatakan tidak kenal kerana mereka tahu nama saya adalah Hasan.

“Malah, kedua-dua anak saya juga sudah memeluk Islam beberapa tahun lalu dan saya tidak melarang kehendak mereka,” katanya yang ditemui selepas menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, pada Majlis yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer keroh, semalam.

myMetro 21 November 2015



0 comments:

Post a Comment