November 21, 2015

Tragedi cari kepah

Tumpat: Dua budak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun dikhuatiri lemas selepas tenggelam ketika mencari kepah di sungai dekat Kampung Sungai Tapang, di sini tengah hari tadi.

Dua rakan mereka masing-masing berusia 10 tahun turut lemas tetapi diselamatkan penduduk tempatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Penolong Penguasa Bomba Bustan Karudin ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 2 petang.

"Mangsa difahamkan berada di sungai itu 12 tengah hari sebelum air pasang dan kemudian dihanyutkan.

"Dua kanak-kanak berusia 10 tahun berjaya diselamatkan penduduk kampung, manakala dua lagi masih hilang," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Kubor dan Kota Bharu selain agensi lain.

myMetro 20 November 2015


Mayat dua sahabat ditemui

Mayat Mohd Khairul Lizam yang ditemui 10.40 pagi tadi. FOTO ihsan bomba

Tumpat: Mayat dua sahabat yang tenggelam di Lagun Seri Tujoh berhampiran Kampung Sungai Tapang, di sini, semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat Mohd Faiz Haikal Mohd Firdaus, 8, ditemui terapung oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba pada 7.55 pagi, manakala mayat Mohd Khairul Lizam Zulkifli, 11, ditemui pada 10.40 pagi.

Ketua Balai Bomba Pengkalan Kubor Penolong Penguasa Bomba Bustan Karudin, berkata, mayat mereka dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat

"Dengan penemuan mayat kedua-dua mangsa, operasi dihentikan," katanya.

myMetro 21 November 2015



0 comments:

Post a Comment