November 12, 2015

Mayat lelaki bergari dijumpai terapung di Sungai Sebiew

BINTULU: Orang awam di bahagian ini khususnya di kawasan Medan Mall Jalan North-South di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki terapung di Sungai Sebiew terletak di bahagian belakang pusat beli-belah itu sekitar jam 2 petang Khamis lalu.

Sejurus sampai di lokasi dinyata, polis menjumpai mayat seorang lelaki terapung dalam keadaan bergari di sungai berkenaan.

Menurut maklumat jurucakap polis, pemeriksaan awal mendapati mangsa bernama Saipul Jakaria berumur 25 tahun itu merupakan buruh binaan berasal dari Bali, Indonesia.

Punca sebenar menyebabkan berlakunya insiden ini masih lagi berada dalam siasatan polis.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk urusan bedah siasat sebelum siasatan lanjut polis.

Utusan Borneo 7 Nov 2015


0 comments:

Post a Comment