November 28, 2015

Lelaki ditemui lemas di Pantai Bersih

MAYAT mangsa ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan pantai. FOTO ihsan pembaca

Butterworth: Seorang lelaki ditemui lemas di pesisir Pantai Bersih di sini, 2 petang tadi.

Mangsa Ooi Khoon Seng, 56, dipercayai terjun ke laut di Jeti Nelayan, Jalan Pantai Bersih, 12.50 tengah hari tadi sebelum dihanyutkan air.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd So Ah Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.56 sebelum melakukan usaha pencarian di pesisir pantai berkenaan.

Katanya, pada 2 petang, mayat mangsa ditemui pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim malaysia (APMM) kira-kira 1 batu nautika dari kawasan pantai.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian berjaya dinaikkan sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

myMetro 26 November 2015



0 comments:

Post a Comment