November 28, 2015

Bergelut dengan polis

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. - Foto NAZDY HARUN

Hulu Terengganu: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan kerana memiliki pil kuda dan syabu bernilai lebih RM36,000 ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Ular, di sini, pagi, semalam.

Dalam serbuan jam 10.50 pagi itu, berlaku pergelutan antara lelaki berkenaan dengan anggota polis dalam usahanya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, pihaknya menemui satu kotak rokok dalam beg suspek mengandungi satu paket lut sinar berisi empat biji pil dipercayai pil kuda dan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu.

Menurutnya, siasatan lanjut dalam rumah lelaki itu menemui satu beg plastik mengandungi sembilan paket plastik warna biru yang di dalamnya ada 1,782 biji pil dipercayai pil kuda.

“Semua dadah yang dirampas itu dianggar bernilai RM36,130 dan suspek kini direman bermula hari ini hingga 2 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957," katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, hari ini.

myMetro 26 November 2015


0 comments:

Post a Comment