November 28, 2015

Mangsa banjir turun di Raub

KEADAAN rumah peneroka yang dinaiki banjir kilat berikutan hujan lebat di Felda Tersang, semalam. FOTO ihsan polis

Raub: Banjir di Kampung Tersang, di sini, beransur pulih apabila hanya 19 orang masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan banjir sehingga 12 tengah hari tadi berbanding 44 orang 8 malam tadi.

Ketua Polis daerah Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir Balai Raya Kampung Tersang berikutan kediaman mereka masih ditenggelami air.

Tiga lagi pusat pemindahan iaitu Dewan Datuk Adnan FELDA Tersang 1, Bangunan Gerakan Persatuan Wanita FELDA Tersang dan Masjid Jamek Kampung Kuala Semantan sudah ditutup semalam.

Sementara itu banjir di Lipis pulih sepenuhnya apabila kesemua 23 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dibenarkan pulang kira-kira 8 pagi tadi.

myMetro 26 November 2015



0 comments:

Post a Comment