November 12, 2015

Lelaki Bangladesh maut dilanggar kereta

MAUT: Mangsa menemui ajal dalam kes langgar lari di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu.

BINTULU: Seorang lelaki warga Bangladesh dalam lingkungan usia 20-an maut setelah terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Sultan Iskandar di sini, sekitar jam 9 malam kelmarin (Ahad).

Semasa kejadian, mangsa dikatakan ingin menyeberangi jalan menuju ke kawasan Estet Perindustrian Ringan sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang bergerak laju dari hadapan.

Menurut sumber, kenderaan terbabit terus memecut laju selepas merempuh mangsa.

Orang ramai yang melihat kejadian terus menghubungi polis dan ambulans bagi memberi rawatan kecemasan kepada mangsa.

Kira-kira 15 minit kemudian, unit ambulans Hospital Bintulu tiba bagi memberi bantuan dan menyelamatkan mangsa bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi pemeriksaan lanjut serta bedah siasat.

Difahamkan laluan kawasan terbabit agak sibuk serta kerap berlaku kemalangan.

Utusan Borneo 10 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment