November 30, 2015

Kanak-kanak tersepit sampai pengsan


Kajang: Kanak-kanak perempuan warga Yaman parah di kaki selepas tersepit pada lif di pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, di sini, malam tadi.

mangsa berusia 12 tahun dikatakan hendak keluar ketika sampai di tingkat 14 sebelum pintu lif tiba-tiba tertutup.

Bagaimanapun, tindakan pantas bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mishan Benu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.27 malam.

Katanya, enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, orang ramai turut membantu menahan pintu lif daripada tertutup kerana boleh menyebabkan keadaan mangsa bertambah parah.

"Pihak kami memerlukan kira-kira 10 minit untuk membuka pintu lif berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa yang pengsan seterusnya dibawa ke Hospital Kajang oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan keadaannya dilaporkan stabil.

myMetro 28 November 2015

0 comments:

Post a Comment