November 30, 2015

Kalau sudah ajal

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Kuantan: Anggota pasukan sukarelawan polis (PVR) maut selepas kereta dipandunya dihempap lori tangki yang terbalik di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, berhampiran Gebeng, di sini, 8.30 pagi ini.

Konstabel Muhammad Rizal Ramly, 37, maut di tempat kejadian akibat tersepit di keretanya.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bertugas di Balai Polis Beserah, sejak malam tadi.

Sebaik tiba di tempat kejadian, lori tangki yang berada lorong kanan dikatakan hilang kawalan sebelum terbalik dan menghempap kereta mangsa.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Deputi Superintendan Ahmad Nazri Zainal mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

myMetro 28 November 2015


Maut kereta dipandu dihempap lori tangki

KUANTAN - Seorang anggota sukarelawan polis maut selepas kereta dipandunya dihempap  sebuah lori tangki yang terbalik  dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran bulatan Aspa Cottage  di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa Muhammad Rizal  Ramly, 37 dari Felda Neram1, Kemaman yang  tersepit dalam kereta maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu lori, Mohd Shah  Abu Bakar, 51 dan kelindannya, Fazlan Abd Kadir, 41 mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Ahmad Nazri Zainal berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Kuantan menghala ke bulatan  Aspa Cottage selepas selesai bertugas di Balai Polis Beserah.

Menurutnya, lori yang dipandu Mohd Shah bersama kelindannya itu  juga dalam perjalanan dari arah yang sama.

“Siasatan mendapati, ketika tiba di lokasi kejadian, lori tangki jenis Scania itu hilang kawalan  lalu terbalik dan menghempap kereta mangsa yang berada di lorong kiri.

“Akibat kejadian, mangsa yang parah tersepit dalam kereta jenis Proton Iswara dipandunya dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad Nazri berkata, usaha mengeluarkan mayat mangsa dibantu anggota bomba yang tiba di lokasi selepas dihubungi.

“Mayat mangsa turut dihantar ke HTAA untuk proses bedah siasat manakala pemandu lori dan kelindan masih menerima rawatan,”katanya.

Menurutnya, punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa anggota sukarelawan pilis itu masih dalam siasatan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, kemalangan berlaku di laluan lurus manakala permukaan jalan basah dan licin serta hujan.

“Sampel darah mangsa dan pemandu lori akan diambil untuk ujian toxicology di Jabatan Kimia bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta pengangkutan jalan 1987,”katanya.

Sinar Harian 28 Nov 2015


0 comments:

Post a Comment