November 30, 2015

Pekerja ditemui rentung di dapur


IHSAN Bomba dan Penyelamat

Kinabatangan: Pekerja ladang sawit rentung selepas rumah kongsi mereka musnah dalam kebakaran di Ladang Jaguh Harmoni, Kampung Paris Dua, dekat sini, 3.40 pagi ini.

Marsel Sinus Voda, 47, warga Indonesia, dilaporkan gagal dikesan oleh pengurus ladang sebelum mayatnya ditemui sebaik sahaja api berjaya dipadam anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rosemidian Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.50 pagi.

Katanya, lima anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, rumah kongsi dua tingkat, 16 pintu sedang terbakar.

"Usaha memadam api sepenuhnya segera dilakukan dan selepas dipadamkan, anggota menemui mayat lelaki di bahagian ruang dapur rumah itu,” katanya.

Rosemidian berkata, mayat mangsa kemudian dibawa keluar sebelum diserahkan kepada polis.

myMetro 28 November 2015



0 comments:

Post a Comment