November 9, 2015

Jatuh ketika meniti tebing

Anggota JPAM membantu mangsa. FOTO ihsan JPAM

Kuala Lumpur: Lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika meniti tebing bukit berhampiran Apartmen Vista Angkasa, Bukit Kerinchi, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, lelaki terbabit ditemui oleh orang awam sebelum di bawa keluar oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur.

Pegawai Pasukan JPAM Kuala Lumpur Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya membantu membawa lelaki terbabit keluar selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, mangsa dipercayai berusia 30-an.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian 15 meter selepas tergelincir ketika meniti tebing bukit.

"Ketika ditemui mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih hidup dan kita membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan lanjut," katanya.

myMetro 8 November 2015

0 comments:

Post a Comment