November 7, 2015

Budak lemas tersangkut ranting pokok

MAYAT mangsa ditemui lebih tujuh kilometer dari tempat dihanyutkan. FOTO ihsan pembaca

Permatang Pauh: Mayat kanak-kanak yang dihanyutkan ketika bermain di Sungai Kubang Ulu, di sini semalam ditemui terapung dan tersangkut pada ranting pokok di kawasan sungai berdekatan kedai makanan di Kampung Permata, petang tadi.

Difahamkan, mayat mangsa, Mohd Sahar Mohd Saleh, 9, ditemui oleh orang awam lebih tujuh kilometer dari tempat dia dihanyutkan air di Kampung Kubang Ulu.

Berdasarkan maklumat daripada Pusat Gerakan dan Operasi Bomba Bukit Mertajam, mayat mangsa ditemui 5.48 petang sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa dihanyutkan air hampir 24 jam ketika bermain di Sungai Kubang Ulu di sini sebelum mayatnya ditemui di Kampung Pertama tadi.

myMetro 5 November 2015


0 comments:

Post a Comment