November 7, 2015

Rangka manusia dalam rumah kosong

RANGKA manusia ditemui dalam rumah kosong. FOTO ihsan Polis

Johor Bahru: Rangka manusia yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari dua minggu ditemui dalam rumah kosong di Jalan Lingkaran Dalam di sini, petang semalam.

Rangka manusia yang tiada identiti itu dipercayai lelaki berusia 50-an ke atas berdasarkan bentuk giginya dan berketinggian kira-kira 165 sentimeter (cm).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, polis percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih dua minggu berdasarkan keadaan rangka dan kepompong lalat yang ditemui.

Bagaimanapun, katanya tiada kecederaan ditemui pada mayat yang hanya berseluar dalam itu.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki kira-kira jam 3.30 petang dan menemui mayat terbabit dalam sebuah bilik dan terbaring di atas tilam yang tidak berkatil, manakala kakinya di atas lantai.

"Keadaannya didapati hanya tinggal rangka dengan sedikit kulit di bahagian badan dan tangan," katanya.

myMetro 5 November 2015

0 comments:

Post a Comment