November 7, 2015

Terlentang di tepi katil

Mayat wanita dalam bilik tidur

Tumpat: Wanita berusia 43 tahun ditemui mati di dalam bilik tidur rumahnya di Kampung Talak, di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Dia yang menghidap angin ahmar dan kencing manis dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam.

Kematiannya disedari penduduk kampung yang tidak melihat dia keluar rumah sejak beberapa hari sebelum kakaknya membuat laporan polis, pagi tadi.

Polis terpaksa memecahkan pintu utama dan dinding rumah berkenaan berikutan dipercayai dikunci dari dalam.

Wanita itu ditemui terlentang di tepi katil.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip mengesahkan kejadian.

myMetro 5 November 2015


Lela meninggal dunia akibat serangan jantung

TUMPAT - Mayat wanita yang ditemui mati di dalam bilik tidur di Kampung Talak, di sini disahkan mati akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Suprintendan Zaharudin Rasip berkata, kes kematian Lela Ismail, 43, diklasifikasikan mati mengejut akibat serangan jantung.

Menurutnya, hasil bedah siasat di Hospital Tumpat mendapati mangsa disahkan meninggal dunia  48 jam sebelum mayatnya ditemui dan kematiannya akibat serangan jantung.


"Tiada unsur jenayah dalam kes ini, mangsa bukan dibunuh seperti yang tersebar di dalam WhatsApp," katanya.

Mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Talak.

Semalam Sinar Harian melaporkan, misteri rumah berkunci dengan lampu ditangga tidak ditutup selama empat hari membawa penemuan mayat seorang wanita di dalam bilik tidurnya yang berkunci dari dalam di kampung Talak kira-kira jam 2.30 petang.

Mangsa dikenali Lela Ismail, 43, menghidap angin ahmar dan kencing manis ditemui mati dalam keadan terlentang berhampiran katilnya selepas polis memecahkan pintu dapurnya.

Sebelum itu, sudah beberapa kali pintu di ketuk penduduk kampung dan memanggil Lela tetapi tidak berjawab .

Ketika kejadian itu, suaminya  Zaudi Zakaria, 43, tiada di rumah dan difahamkan pulang ke rumah keluarganya di Tanah Merah.

Sinar Harian 6 November 2015

0 comments:

Post a Comment