November 20, 2015

Buaya ganas masuk jerat

Penduduk Kampung Melayu berjaya menangkap seekor sang bedal dianggarkan melebihi 100 kilogram (kg) dengan panjangnya mencecah kira-kira 4.8 meter pada pagi semalam.

KOTA SAMARAHAN – Kebimbangan penduduk di Kampung Melayu di sini yang kebanyakannya bergantung hidup dengan mencari ikan dan udang di Sungai Samarahan sedikit reda selepas tertangkapnya seekor buaya kelmarin.

Buaya jantan yang dipercayai oleh penduduk kampung sebahagian dari­pada ‘kerabat’ Bujang Samarahan mempunyai berat lebih 100 kilogram dan panjang kira-kira 4.8 meter.

Salah seorang penduduk, Ali Baki, 56, berkata, reptilia itu berjaya ditangkap selepas memakan je­rat yang diletakkan umpan seekor ayam di jeti berhampiran kampung.

“Sebelum ini, kami sering melihat kelibat buaya berkenaan di sungai tersebut dan sangat risau dengan keadaan itu. Kebimbangan penduduk semakin menjadi-jadi selepas seorang nenek dilaporkan hilang disyaki dibaham buaya ganas itu pada April lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo19 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment