November 22, 2015

Bas persiaran terbalik, enam cedera

Bas persiaran yang terbalik. FOTO Amrullah Abdul Karim

Bukit Tagar: Enam penumpang bas persiaran cedera selepas bas dinaiki mereka terbalik di Kilometer 421.5 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Plaza Tol Bukit Tagar, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam ketika bas yang dinaiki 44 penumpang dalam perjalanan dari

Kuala Lumpur ke Batu Maung, Pulau Pinang.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru Md Razi Hassan berkata, bomba menerima panggilan pada 8.35 malam dan jentera tiba di lokasi pada 9.15 malam.

"Ketika tiba semua penumpang bas sudah keluar dan tiada ada yang tersepit.

"Empat penumpang wanita serta dua lelaki cedera dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

myMetro 22 November 2015



0 comments:

Post a Comment