September 16, 2015

Wanita diculik van hijau nyaris diperkosa

Kajang: Seorang wanita berusia 47 tahun melalui detik menakutkan apabila menjadi mangsa culik lelaki ‘van hijau’ sebelum cuba diperkosa di dalam ladang sawit.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, mangsa diculik ketika sedang membeli tiket bas di kawasan Hentian Kajang, di sini.

Sumber berkata, mangsa sebelum itu memandu berseorangan dari rumahnya di Taman Tenaga di sini, ke kawasan Hentian Kajang itu.

“Sebaik keluar dari kereta, mangsa dihampiri seorang lelaki tempatan dari arah belakang sambil mengacu sebatang besi.

“Suspek mengarahkan mangsa supaya diam dan menuruti segala arahannya jika tidak mahu dicederakan,” katanya.

myMetro 16 September 2015

0 comments:

Post a Comment