September 16, 2015

Tempias buli

Kuala Terengganu: “Sudah empat hari mereka tutup kedai sejak video itu tersebar, tetapi saya tidak tahu kenapa dia tidak berniaga,” kata pekerja sebuah kedai makan yang mahu dikenali sebagai Amran, 23, di Teluk Ketapang, Seberang Takir, semalam.

Menurutnya, kedai itu ada beroperasi Jumaat lalu namun kelihatan memang tiada langsung pelanggan yang datang.

“Mungkin betul orang ramai memboikot kedai itu selepas rakaman telefon bimbit anak pemilik kedai itu didakwa membuli anak yatim tersebar di media sosial,” katanya.

Dalam rakaman dipercayai menggunakan telefon bimbit yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai anak yatim dipaksa mencium kaki remaja dipercayai anak perempuan kepada pemilik sebuah kedai makan di kawasan pantai Teluk Ketapang.

Rakaman berdurasi enam saat itu turut menunjukkan tindakan itu disaksikan beberapa rakan anak perempuan pemilik kedai itu yang kemudian bersorak dan bertepuk tangan melihat perbuatan itu.

myMetro 16 September 2015

0 comments:

Post a Comment