July 23, 2015

Pembunuh tinggal serpihan pedang

KEADAAN mayat mangsa yang ditemui di dalam semak berhampiran Taman Cheras Jaya.

Kajang: Seorang peniaga pasar malam ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala, leher, bahu dan lengannya ditetak bertalu-talu menggunakan pedang.

Mayat mangsa berusia 28 tahun itu bagaimanapun ditemui terbaring di dalam semak berhampiran Taman Cheras Jaya di sini, jam 9.30 pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mayat mangsa ditemui seorang lelaki yang kebetulan memancing di kolam berhampiran.

Menurutnya, lelaki berusia 51 tahun itu menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam semak sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Ketika ditemui mangsa memakai singlet berwarna hitam, seluar panjang berwarna coklat dan memakai selipar.

“Anggota forensik yang melakukan siasatan terhadap mayat mangsa menemui kesan luka tetakan di leher, bahu kiri dan belakang kepala mangsa,” katanya.

myMetro 23 Julai 2015

0 comments:

Post a Comment