July 22, 2015

Buruh binaan maut jatuh bangunan


Mayat mangsa dibawa ke HTAR untuk bedah siasat.

SHAH ALAM - Seorang buruh binaan warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Seksyen U12, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa yang dikenali sebagai Saimin, 25, ditemui rakan sekerjanya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 8.45 pagi.

“Rakan mangsa memaklumkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut. Mangsa  disahkan meninggal dunia  akibat parah di bahagian kepala dan badan.

“Mangsa yang sudah berkahwin  dipercayai tergelincir sebelum terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sinar Harian 22 Julai 2015

0 comments:

Post a Comment