June 28, 2015

Tak sempat kenduri doa selamat


Rumah juara Maharaja Lawak Mega 2014, Zero antara yang terbakar. FOTO ihsan Zero

Kudat: Rumah juara Maharaja Lawak Mega 2014, Zero antara yang musnah dalam kebakaran di Kampung Pantai Bahagia, dekat sini, petang semalam.

Menurut ahli kumpulan Zero, Sharid Kunal (Atu) berkata, ketika kejadian dia bersama dua abangnya Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharif Kadir (Sharif) di Kuala Lumpur manakala adik beradik yang lain bersama ibu bapanya di kampung.

"Ketika itu, kami terbabit penggambaran program raya di Kuala Lumpur sebelum ibu memaklumkan rumah musnah terbakar.

"Tanpa berlengah kami terus pulang ke kampung dan tiba di Kudat 2 pagi tadi namun tiada apa yang tinggal semuanya musnah," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Atu berkata, menurut ibunya, ketika kejadian mereka sekeluarga membuat persiapan kenduri doa selamat sempena menyambut kehadiran Ramadan namun tidak sempat mengadakan kenduri itu.

"Hanya dokumen penting sempat diselamatkan. Saya bersyukur ibu, bapa dan adik lain selamat," katanya.

Difahamkan, mereka kini berteduh buat sementara waktu di Dewan Serbaguna Kampung Pantai Bahagia Kudat.

Terdahulu, dalam kejadian 2 petang semalam, sebanyak 69 rumah musnah membabitkan kira-kira 300 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah yang tidak berpenghuni sebelum merebak.

myMetro 17 Jun 2015


69 rumah hangus di Kudat


69 musnah terbakar di kawasan setinggan. FOTO ihsan Bomba

Kudat: Enam puluh sembilan rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan Kampung Pantai Bahagia, dekat sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira 2 petang itu bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadam kebakaran giat dilakukan anggota bomba.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.02 petang tadi sebelum sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi usaha memadam kebakaran.

"Kebakaran membabitkan rumah setinggan di kawasan persisiran pantai dan memusnahkan sebanyak 69 rumah.

"Sehingga kini, usaha memadam kebakaran giat dilakukan pasukan bomba serta dibantu pasukan bomba sukarela Kampung Air," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

myMetro 16 Jun 2015


0 comments:

Post a Comment