June 28, 2015

Warga emas maut tersepit

KEADAAN van selepas kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda. FOTO ihsan Bomba

Batu Pahat: Warga emas berusia 76 tahun maut selepas van dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Tanjung Labuh di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.10 petang itu, lelaki terbabit yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku sewaktu pemandu kenderaan pacuan empat roda sedang dalam perjalanan dari Senggarang ke Batu Pahat.

"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan merempuh van dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa dikenali sebagai Low Joon Seng berusia 76 tahun gagal mengelak keneraan pacuan empat roda yang muncul dari arah hadapan menyebabkan dia tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 17 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment