May 25, 2015

Mayat warga emas ditemui terapung

IGAN: Selepas tiga hari dilaporkan hilang, mayat lelaki warga emas ditemui terapung di Sungai Kampung Kebuwau, Igan kira-kira tiga meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang oleh penduduk kampung yang menyertai operasi pencarian dengan menggunakan 10 perahu dalam cuaca hujan semalam.

Mayat Senada Bulalu, 74, dari Kampung Kebuwau ditemui jam 11 pagi semalam selepas dilaporkan hilang setelah balik menziarahi ahli keluarganya yang meninggal di Kampung Kekan, Dalat kira-kira jam 6 petang Khamis, 7 Mei lalu.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Mukah, Alimat Sam ketika dihubungi berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan susulan selepas diserahkan kepada polis dari Balai Polis Matu.

Menurut laporan awal, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menggunakan perahu.

Perahu mangsa dipercayai melanggar pokok tidak jauh dari kediamannya dan ditemui hanyut ke hilir sungai dalam keadaan terbalik tetapi mangsa tidak kelihatan.

Katanya, seramai tiga anggota diketuai PBKl Abdul Rasit menggunakan bot penyelamat bertolak dari jeti Igan ke lokasi kejadian jam 5.30 pagi semalam operasi pencarian.

Jarak dari BBP Mukah dianggarkan 60 kilometer menggunakan jalan darat menuju ke pangkalan feri Igan kemudian melalui sungai untuk ke kampung tersebut.

Utusan Borneo 10 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment