May 25, 2015

Warga emas ditemui mati di bilik kuarters


KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di bilik kuarters pekerja sebuah kuil di Jalan Laksamana Cheng Ho di sini malam kelmarin selepas dilaporkan tidak muncul sejak tiga hari lepas.

Mangsa berusia 79 tahun yang dikenali sebagai Goh Kai Kooi berasal dari Semenanjung Malaysia bekerja di kuil berkenaan sejak beberapa tahun lepas.

Difahamkan, rakan sekerja mangsa mulanya risau selepas mangsa tidak muncul sejak tiga hari sebelumnya sebelum mereka memeriksa biliknya sekitar jam 8 malam kelmarin.

“Bagaimanapun rakan sekerja mangsa terpaksa meminta bantuan anggota keselamatan untuk membuka pintu bilik mangsa kerana ia berkunci dari dalam dan terkejut melihat mangsa terbujur kaku di atas katilnya,” kata sumber.

Pemeriksaan anggota paramedik mendapati mangsa tidak lagi bernyawa dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Utusan Borneo 9 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment