April 21, 2015

Lelaki maut dipercayai mangsa langgar lari

MAUT: Keadaan mangsa yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari di hadapan Poliklinik Jalan Oya, Sibu, semalam.

SIBU: Seorang pemuda berusia 23 tahun meninggal dunia selepas dia ditemui terbaring di tepi jalan di hadapan Poliklinik Jalan Oya di sini  awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Lee Ik Khai, 23, berasal dari Sungai Bidut.

Menurut laporan, mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke arah bandar menunggang motosikal.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada mangsa terlibat kemalangan langgar lari atau sebaliknya, namun terdapat kesan seretan dan serpihan kaca di atas jalan raya di laluan menuju ke arah bandar.

Keluarga telah melakukan pengecaman ke atas mangsa selepas dimaklumkan pihak polis.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan badan.

Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden tersebut untuk menghubungi polis di balai polis berdekatan atau Inspektor Wilson Denis menerusi talian 016-5862222.

Utusan Borneo 5 Feb 2015

0 comments:

Post a Comment