April 21, 2015

Mayat warga Myanmar terjatuh dalam Sungai Rejang ditemui

JUMPA: Mayat mangsa dijumpai terapung pagi semalam dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu.
SIBU: Lelaki warga Myanmar yang terjatuh ke dalam Sungai Rejang petang kelmarin ditemui sekitar jam 11 pagi semalam di kawasan berdekatan Kampung Hilir, di sini.

Mayat mangsa dijumpai terapung setelah operasi mencari dan menyelamat dilancarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Marin selepas ditangguhkan kelmarin.

Penangguhan terpaksa dilakukan berikutan keadaan kawasan pencarian sudah gelap.

Mangsa dikenali Aung Caan Thar, 24, bekerja di sebuah kapal yang sedang berlabuh di sini.

Dalam kejadian jam 4.45 petang kelmarin, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai.

Sejak itu, mangsa terus tidak timbul sehingga memaksa panggilan kecemasan dibuat.

Dalam pada itu, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu dengan kenderaan polis.

Utusan Borneo 3 Feb 2015

0 comments:

Post a Comment